Pastelsey bermula dengan nama SAOEMPIRE pada tahun 2017 dan kemudiannya bertukar kepada PASTELSEY SDN.BHD. pada 2019.

Pastelsey menawarkan perkhidmatan belian fon tunai atau ansuran keseluruh negeri secara dalam talian. Pada Julai 2020, kedai fizikal Pastelsey yang bertempat di Setia Alam, Shah Alam, Selangor mula beroperasi.

Pastelsey menawarkan dua jenis ansuran fon, iaitu ansuran berkonsepkan menabung, dan juga ansuran pakai dulu bayar kemudian. Untuk ansuran menabung, pelanggan akan menerima barang yang dipesan setelah melengkapkan pembayaran. Manakala, untuk ansuran pakai dulu bayar kemudian, pelanggan boleh memilih untuk menggunakan kad kredit atau Buy Now, Pay Later (BNPL).